Archive for July 2011

Fact day #3

Hai dan assalammualaikum. Ini fact ketiga,wahahahh ! :D
Fact #3 : Saya ni nampak je sombong tapi saya friendly okay =D Don't judge a book by it's cover. #tetiba
Tutup sekejap pasal fact tu, tadi kat sekolah masa madah Quran saya dapat balas dendam kat sorang budak dalam kelas saya tu.Semua budak perempuan dalam kelas saya pakat kenakan dia.Geram weh,dia ingat dia tu baik sangat kot -.- Dah dah,saya tak suka marah marah ni.Bai.

Fact day #2

Saya ni perempuan,kee ada yang ingat saya ne lelaki? :P


Fact day #1

Teka mana satu tulisan saya? :3 But fact dua dua tu tulisan saya :P

10 days facts about you challenge

Hai dan assalammualaikum.
Saya sudah ambik keputusan nak buat 10 DAYS FACTS ABOUT YOU CHALLENGE. Challenge ne tak banyak mana pun,hihihh.Jadi,apa perlu saya buat ialah buat fact tentang diri saya ini :

Fact day #1
Fact day #2
Fact day #3
Fact day #4
Fact day #5
Fact day #6
Fact day #7
Fact day #8
Fact day #9
Fact day #10

Fact challenge ni boleh buat korang kenal saya dengan lebih dekat.Hihihh,bila nak start eh?Kalau takda aral melintang insyaallah esok saya buat okey.Kbai.


Saya rasa saya nak buat challenge lah :D


Hai dan assalammualaikum semua.

Heee,saya rasa nak buat challenge jugaklah.Ramai blogger dah buat sekarang ne.Tapi saya tak tahu nak buat challenge yang mana satu,semua best best!

1.http://nananitchiepie.blogspot.com/search/label/Letter%20Challenge
2. http://nurhafizahpija.blogspot.com/2011/07/10-things-in-10-days.html
3.http://nananitchiepie.blogspot.com/2011/07/10-days-facts-about-you-challenge.html

Yang mana satu korang nak sangat saya buat ne? :3 Esok nak edit bloglah,kalau tak private takpe kee?Hee,bye. Night semua :D

p/s : theme coklat okay?Sesuai sikit dengan nama blog ni-->anisnutella. Tak buat keputusan lagi ne.Tapi sayang pulak blog pink ni.
Source : tumblr

I'm not okay

I'm not okay and i wish you knew
source : tumblr

Assalammualaikum semua :)
Lamanya tak jumpa saya kann kannn ? Ada sesiapa rindu kita?Hikhikhok XD Dahh,haku tak rindu pun blog ne :p Ehmm, sebenarnya sejak kebelakangan ni saya ada masalah sebab tulah tak layan langsung blog ne.Siapa kata budak comel macam saya ne takda masalah kan? Saya rasa semua orang ada masalah.Nak tahu tak,sometimes saya cuba nak berlakon macam dalam TV tuh.Bila sedih, pergi masuk tandas pastu jerit puas-puas.Tapi malu ah kalau buat betul-betul kan.Cuba bayangkan kalau budak kelas lain nampak, 'Pehal budak ne terjerit jerit macam orang gila?' -.-
Kayy kayy,eh kenapa ramai sangat tukar template semart tuh? Haha,nak try tapi malas lagipun kecik sangat template tuh -.- Saya cuba kat tumblr saya jeh.

http://anisnutella.tumblr.com
Semart tak?Harrharr, saya tukar layout dia tu je.
Saya cuba buat muka gembira ne.Mak saya beli cermin mata baru untuk adik saya tuh.Ini tidak adil!Haha,macamlah saya berani sangat nak kata macam tu depan mak saya kan? Hari tuh saya kata kat mak saya nak tukar kanta spek ni tapi kena marah pulak.Huwaaaa! Esoknya saya mengadu kat Basirah pasal hal tuh.Heehee,tak sangka pulak nasib saya and Basirah sama je :P Mak saya kata,nantilah lain kali pulak tukar kanta tuh. Me? Kalau boleh tukarlah sekali dengan speknya tuh.HIHI,mengada-ngada betul.
Saya rasa power spek saya ne kena tambah. Yelah,menghadap laptop duapulohempatjam mana taknya kann?:D Lagipun spek ni dah buruk,berkarat pulak tu :p Dahlah dalam kelas kena duduk tempat kedua. Tempat pertama kena kebas dengan budak lelaki. Cikgu sekolah suruh ubah kedudukan dalam kelas, budak lelaki kena duduk depan and budak perempuan kena duduk belakang.Nak salin apa cikgu tulis kat depan pun susah. Menchik guaa.
Time internet laju macam nilah kawan-kawan sekolah tak online.Time malam baru aktif diorang ne :p Thanks jiran sebelah sebab kasi saya guna internet kamu yang free ne.Ini sebagai pengajaran,lain kali buat securitylahh :]
Kbai.Eh eh,nak blogwalkinglah lepas ne.Malas tengok chatbox,berlambak sangat mesej.Huahuahua.

Happy birthdayyy, Basirohh :P


Hari ini hari jadi Basirah tau, tapi saya tak tahu nak kasi hape. HIHI. Okey,sebenarnya takda duit nak kasi hadiah -.- .Nantilah, time akhir tahu nanti kut saya kasi hadiah kat dia dan juga kat Ain. Kedua-dua sahabatku ini sudah tua nampaknya. Hokhok .

Nak nyanyi lagu happy birthday ke? Tak payahlah, suara ai bukan sedap mana.Hakhak .


Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Basirah
Happy birthday to you


Masa nak pegi solat kat masjid , Ustaz Tarmizi panggil saya. Ustaz ni cikgu disiplin sekolah saya tau.Dia ajar madah Quran kat kelas saya. Memang saya rasa pelik ah. 'Asal tetiba ustaz ni panggil haku ni.' Pastu ustaz cakap,

'Asal you pendek?'

So, saya jawab .

'Entah ustaz.I pun tak tahu.'

Pftt, selamba betul saya jawab :P Kat sekolah tadi ada tuisyen. Okey,saya memang malas nak pegi tuisyen tapi daripada kena baca yasin@rotan kat dataran lebih baik pegi kan? :3

P/S : Saya benci hari Ahad sebab beg saya selalu saja berat T_T


People change ,whyy?

I'm happy outside, but inside? God knows

Assalammualaikum blogger.Hihihi. #Tetiba gelak

Hari ini baru nak post entri baru. Ngee, internet saya lembap hokayy .Tapi,sekarang ni pun tengah lembap juga .Asallah internet jiran sebelah takda ni.Pagi tadi ada pulak.

Kat sekolah, saya , Basirah, Ain , Ain dan Fasihah buat pembentangan mengenai syarat-syarat sah puasa. Kenapa saya sebut dua Ain? Dalam kumpulan saya ada dua Ainlah sebenarnya.Hihi,susah kan bila ada orang sama nama dengan kita? Saya ingat lagi masa saya pindah sekolah hari tu, saya sekolah di SK Sri Wangi.Kat dalam kelas saya ada dua orang nama Anis : Anis Amani dan Anis Farhani. Kawan-kawan sekelas terpaksa panggil saya AD. Cara sebutan dia, sebut huruf A dulu, kemudian huruf D.Tapi kadang-kadang diorang still panggil saya Anis juga.Dah dah,tukar topik nampaknyaa -____________-

Lepas pembentangan tu kann, budak-budak kelas saya pun ajulah soalan kat kami berlima.Disebabkan saya ni bukannya arif sangat pasal agama ne jadi adalah sesetengah soalan tu tak boleh jawab. Kadang-kadang saya kata dalam hati saya, 'Depa ni betul-betul tak tahu ke?'
Kumpulan kitorang tak dapat gelaran 'kumpulan terbaik' .Apapun, kitorang dah cuba buat yang terbaik.

Balik dari sekolah tu, saya dapat mesej daripada Nony. She's my best friend tapi kitorang dah lama tak jumpa sebab saya pindah ke Gua Musang.Saya tak beri dia label kawan lama. Dia tetap kawan saya sampai bila-bila ;)

Macam-macam saya borak dengan dia. Eheh,mula-mula mesej mesej pastu dia call saya. Memang, urghh rasa macam kelu lidah tak tahu nak cakap apa dengan dia.Dah lama tak jumpa kann, mesti jadi macam tu. Kalau face to facelahh lagilah rasa maluu.

Saya tanya dia pasal kawan-kawan yang lain. Dia kata, 'Perangai diorang semua dah lain.' Ehmm, saya dah agak. Kat FB pun dah macam lain dah saya nampak depa ne . :P Diorang dah macam bukan saya kenal dulu. Hokayy, entri sedih ke hape ni? Sedihlaaa . T______T

AD : Lagu sedih ni. Huwaaa T__T

Semua orang berubah eh bila naik sekolah menengah? Saya harap saya bukan macam tu . Benci betul luah perasaan macam ni.Kepada NurAin Syahirah, kalau terbaca post ni , kat sekolah nanti buat tak tahu je okayy .Bye =(

Photobucket

Step by step..

Mula-mula blogging, hihi. Apapun kita step by step okayh ? Tutorials sekarang berlambak, kat mana-mana pun ada.Kalau takda pun boleh google search :) Blogging is fun right? :D

P/S : Esok 1murid 1sukan 1Malaysia. Siapa yang terlibat? Saya tak sebab saya bukan sekolah kerajaan.Yeayyyyy!
Photobucket

Lawatan sambil makan makann :D


Assalammualaikum dan hai semua.

Semalam saya pergi lawatan ke Akademi Pengajian Islam atau singkatan dia API.Dalam bas, saya duduk sebelah Basirah. Sebelum ni saya cakap dia tak pergi kann?Hohohh, sebenarnya dia pergilahhh :P Memang kat kelas tadi terkejutlah bila nampak dia tetiba datang.Sampaikan saya menjerit kegilaan #tipu Sepatutnya dia dok rumah main game ke, FB kee .Takjadi leww nak buat video tu dengan Ain. Hihihooo.

Dalam bas tu memang kebosanan saya dibuatnya.Basirah bawak majalah Ujang ( kalau bawak kat sekolah, memang sah kena rampas ), saya baca pastu lama-lama rasa pening. Ngehh, tadi jadi terus nak baca. Ain 'paksa' saya dengar lagu Korea. Sorry Ain, satu lagu pun saya tak minat. Harrharr, saya bukannya korean fan.Walaupun dalam blog saya ne penuh gambar-gambar koreans, tak bermaksud saya ni peminat korea. Saya suka tengok mereka saja sebab mereka comel . HAHA!

Kitorang stop for awhile kat stesen minyak mana ntah .____. Ada yang nak terkucil lah, apa-apalah.Sempat tangkap gambar lagi kat situ. ^^,)

Basirah, Ain dan Anis :D Kat belakang tu surau yeww

Saya beli kacang hijau Combywide tu untuk kunyah-kunyah dalam bas ( daripada takda buat keje langsung kan? ) Lepas siap beli tu, saya dan Basirah berlari sopan gitu sebab takut kena tinggal dengan bas lagipun saya and Basirah je tak naik bas lagi. Bila dah naik bas tu, ustaz pun suruh Basirah kira berapa orang dalam bas tu. Ustaz kata , kalau kurang tu takpe, kalau lebih tuu ... HIHI , faham maksud saya? :)

Saya sampai kat sana pukul 11.00 pagi rasanya . Saya kata kat Basirah 'Datang sini nak cari kakak angkat' Kui kui kui .


Kat sana, diorang ada buat ekspo .


Ternampak kakak ni tengah buat batik. Cantikk :D



Makann makann. Ini lawatan sambil makan makan sebab takda belajar apa apa punn ;)

Tak payah cari mana saya sebab saya tukang ambik gambar :P

Saya snap gambar Ain and Basirah ni. Haha, kat depan pejabat pun nak ambik gambar :P


Disebabkan kami sekelas dah kebosanan tak tahu nak buat apa lagi kat situ, so ustaz pun ajak le kami pegi kat Pustaka Kota Bharu .Lepastu solat jamaq takdim kat Masjid Muhammadi dan makannnn . Yeahh! Gembira kau perutt !

Sedapp :>

Saya dan Basirah :D

Lepastu masa snap photo. Hihi .




Pergi kat kedai cenderamata. Macam-macam adaaa ;)


Time saya nak bayar tu baru perasan ada papan tanda yang tertulis 'Dilarang ambil gambar tanpa kebenaran :P' Pftt, dah terambik, lain kali cakap awal awal tauu :P

Saya beli owl ni . Lalala, jealous cepatt :P

Time for shopping! :DD

'Tesco, membantu anda berjimat.' Ceh ceh ceh :D

Jeng jeng jengg!

Akhirnyaa, terbeli jugak ayam KFC ni. Ada popcorn chicken, french fries dan ais krim. Ais krim tu sempat cair dulu sebab dalam bas baru nak makan T__T

Jalan sana jalan sini dan dan terjumpa patung AngryBirds dan beg Domokun! Urghh comellllll! Menyesal rasanya tak beli tadi T.T Apa yang saya beli kat Tesco ni ialah kek and ayam KFC tu je. Kek tu memang sedaplah! Tak sempat nak snap pic kek tu.Hoehoee, saya rasa macam bukan pegi lawatan sebab bagi saya lebih kepada pegi shopping and makan makan je. Hihi . Kbai