Banjir

Page 365 of 365,last post for 2014 huhu.

Pejam celik pejam celik dah nak habis dah tahun 2014.Tak sangka lepas ni saya dah lapan belas tahun.Jangan ingat saya ni budak sekolah lagi tau,mentang-mentanglah aku ni kecik je ada ke patut orang cakap aku ni budak sekolah rendah lagi grr.

Yang sebenarnya dah lebih seminggu tak update blog sebab rumah saya banjir.Syukur,Alhamdulillah air tak masuk sampai dalam rumah cuma kat luar rumah je.Tinggi gak air.Saya pun baru first time tengok banjir depan mata jadi jakun sekejap sebab selama ni saya tengok dalam tv je.Nah,sekarang rasa sendiri,Ya Allah seksanya rasa hidup masa banjir.


Saya sedih tengok ada sesetengah rumah yang kena banjir sekarang cuma tinggal tapak rumah.Manalah agaknya diorang tinggal lepas ni.Ada jugak rumah sampai block tengah jalan sebab air deras sangat.Ada lebih kurang 20 keluarga tak sempat nak selamatkan diri diorang lari atas bukit pastu berkhemah kat situ,dahlah bekalan makanan dan air takda jadi diorang terpaksa sembelih lembu sebab lapar.Kat bukit tu lak macam hutan,macam manalah diorang tahan kesejukan sebab hujan asyik tak berhenti.Bot tak berani nak masuk kawasan tu sebab air tinggi sangat.

Rumah saya banjir masa 23 Disember.Sekejap sangat air naik.Pukul 12 tengahhari tu depan rumah saya dah macam sungai.Kawasan rumah saya tinggi sikit jadi air tak masuk sangat.Saya sempatlah merasa tidur kat pusat pemindahan banjir ekcelli kat sekolah mak saya.Saya teman mak saya jaga kaunter pendaftaran,jumpa macam-macam orang.Ada yang sampai satu family nangis-nangis (yalah siapa tak sedih rumah kena banjir),ada yang tak sempat nak pakai tudung sampai terpaksa pakai topi untuk tutup kepala.Ada sorang cina tu terketar-ketar tangan sebab sejuk sangat jadi dia tak boleh nak isi borang,mak saya pun tolong isikan.Bantal dan tilam pulak tak cukup sampai terpaksa berebut-rebut.Siapa cepat dia dapat.Yang takda bantal dan tilam terpaksalah tidur je atas lantai je.

Malam tu banjir kat rumah saya dah surut.Macam tak percaya je sebab rasa sekejap sangat padahal masa tu hujan lebat lagi.Saya tidur kat sekolah tu sehari je lepas tu balik rumah.Dah lebih 7 hari bersamaan seminggu takda elektrik dan seminggu tu jugaklah kami sefamily bergelap dalam rumah.Tapi mujur ada cina baik hati kat sekolah ajar buat pelita jadi tak payah membazir beli lilin.Macam mana tu?Meh sini nak ajar. (Amboi,2 in 1 pulak entri ni siap ada tutorial pulak)


CARA MEMBUAT PELITA



Bahan-bahan yang diperlukan;


1. Mangkuk,botol plastik,tin atau apa-apa sahaja
2. Minyak masak (tak payah beli yang mahal-mahal,beli yang murah-murah sudahh)
3. Air
4. Kain cotton (cth:kain bandage yang ahli PBSM guna tu pun boleh)
5. Apa-apa benda besi yang berlubang untuk masukkan sumbu (cth:penutup sinki)
6. Lighter atau mancis

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula isi 1/3 air dalam mangkuk.Tak perlu isi banyak.Function air tu disini in case kalau pelita tu terjatuh ke terbalik ke,api tu boleh padam bila terkena air.
2. Lepastu isi minyak masak.Jangan pulak korang pergi kacau minyak dan air tu,kita bukan nak buat kuih pelita yeee.
3. Ambik kain cotton tu lepas tu gunting sikit dan gulungkan supaya boleh masuk dalam penutup sinki.Kain cotton tu kita akan jadikannya sebagai sumbu.Kalau nak api yang besar jadi korang kena pandai-pandai adjust sumbu tu biar besar sikit.
4. Celup atas sumbu yang nak dinyalakan api tu dengan sedikit minyak masak.Celup je dalam mangkuk tu tadi.
5. Lepastu nyalakan api kat sumbu yang dah dicelup dengan minyak tu tadi.
6. Letakkan penutup sinki itu diatas mangkuk dan biarkan ia terapung.


Ha jadi ke tak jadi?Kalau jadi,Alhamdulillah.Kalau tak jadi?Try again.Praktis buat pelita ni hari-hari nanti senanglah bila takda elektrik sikit dah pandai macam mana nak buat pelita,LOL.Kalau korang tengok minyak tu sikit,korang tambahlah lagi minyak baru api tu besar.Hati-hati jangan bagi sumbu kat bawah tu mencecah air nanti api tu akan terpadam.Cuma yang tak best pasal pelita ni dia kadang-kadang berjelaga dan membuatkan siling rumah hitam sikit.

Oh ye,back to our story...

Hujan turun macam tahu je kat rumah takda air.Seksa lagi takda air daripada takda elektrik sebab nak buang air besar pon susah.Jadi kami pakat-pakat tadah air hujan.Berbaldi-baldi jugak.Siap boleh buat mandi,basuh baju dan basuh pinggan.Rasa macam zaman dulu-dulu basuh pinggan kat luar rumah.Bekalan air dah lama dah ada,elektrik pun dah ada sekarang cuma masih bergantung pada generator.Makan setakat sardin dengan maggi jelah untuk hidup time banjir-banjir ni.

Walaupun banjir sekejap je,tapi kesan dia amat dahsyat.Paling sedih bila saya tengok sekolah saya,kelas saya dulu ada dinding sekarang dah takda dinding,pintu pun tercabut,kerusi,meja entah pergi mana.Tembok batu asrama yang baru buat tahun ni dah terbalik.Sedih memang sedih.Macam manalah budak-budak ni nak sekolah tahun depan dengan keadaan sekolah macam tu hm.

Banjir tahun ni memang luar biasa.Tempat yang tak pernah kena banjir tiba-tiba banjir.Dengar cerita Kelantan teruk jugak banjir.Lain kali kalau tempat korang ada tanda-tanda nak banjir,korang kena get ready, kena packing barang awal-awal lagi,beli lilin in case takda elektrik nanti sebab yang pastinya TNB akan tutup elektrik bila banjir,bawak kereta ke tempat yang tinggi awal-awal lagi untuk mengelakkan kesesakkan jalan dan simpan bekalan makanan.


Thank you for your duas for us masa kami kena banjir.May Allah bless you :')

4 comments:

  1. teruk juga la banjir walaupun air tu tak masuk rumah. Moga semuanya kembali seperti sediakala. In shaa Allah :)

    ReplyDelete
  2. Seksa gila rumah takdak elektrik dengan air. haritu takdak air sat, pagi smpai ptg pun dh tak senang duduk :')

    Ayah saya buat pelita lagi senang hahaha. letak minyak msk dlm mangkuk, pastu balut syling dengan surat khabaq, balut mcm coklat kisses. letak dlm mangkuk pastu cucuh api. done haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul anis,tapi kalau takda air lagi susah.Thanks anis bagitau nak buat pelitu tu cemana nampak lagi senang,mungkin berguna untuk akan datang :D

      Delete