Kehilangan

Semalam saya bukak twitter dalam pukul 11 malam.Saya scroll timeline lepas tu ternampak ada dalam dua orang tweet yang TGNA dah meninggal.At first I was shocked then saya macam kurang percaya.Ni mesti rumours je ni.Saya tak tengok pulak trending masa tu,saya terus check Facebook untuk lebih kepastian dan saya tengok dah penuh timeline saya pasal TGNA.Dalam page Facebook TGNA sendiri ada post yang telah dipost oleh admin yang mengatakan beliau meninggal dunia pada jam 9.45 malam semalam.Allahu...terus rasa sedih bila dapat tahu berita ni.Selepas berita Kelantan banjir tahun lepas,sekali lagi kita menerima berita sedih bagi tahun 2015 dan dalam bulan Februari yang masih terasa baru lagi.

12 Februari 2015 genap 66 tahun syahidnya Imam Hassan al-Banna.Sama tarikh syahid Imam Hassan al-Banna dengan TGNA.TGNA meninggal malam jumaat selepas solat isyak.

"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur."-(HR Ahmad no.6582 dan At-Tirmidzi no.1074).

Beruntungnya TGNA meninggal pada malam Jumaat.Beliau bukan atuk saya,bukan juga ayah saya tetapi saya tetap berasa akan kehilangannya.Hebatnya seseorang itu dilihat di hari kematiannya,ramai orang yang ziarah jenazah beliau.TGNA pernah datang ke sekolah saya,masa TGNA nak pulang dia melambat tangan kepada saya dan kawan-kawan dari dalam kereta sambil tersenyum.Itulah lambaian pertama dan terakhir TGNA.

Innalillahiwainnailaihirojiun.Al-Fatihah kepada TGNA.Berehatlah tok guru...


Leave a Reply