Keputusan SPM

Result SPM dah lama keluar tapi saya tak cerita lagi result saya kat blog ni kan.Janganlah salah anggap pulak sebulan saya tak update blog pasal saya membawa hati yang lara dan merawat jiwa yang terluka dek keputusan SPM saya eh bunyi macam teruk je result SPM aku ni kan?

Malam sebelum result SPM keluar,saya tak rasa nervous macam orang lain.Orang lain kemainlah nervous dok bilang berapa jam lagi result SPM nak keluar.Saya tetiba pulak jadi nervous tengok orang lain nervous sebab saya sorang je tak nervous macam diorang.Tapi saya tidur lewat jugaklah malam tu sebab asyik teringat pasal result jadi nak tidur pun tak lena.

Orang lain best je dah boleh pergi sekolah jumpa kawan-kawan dan ambik result,tapi saya kena check result guna sms je dulu pasal sekolah saya bawah yik dan cikgu kena pergi pejabat yik dekat Kota Bharu untuk ambik result kitorang jadi hari esoknya barulah saya boleh pegang slip peperiksaan tu sob sob.

Tepat pukul 10.00 pagi tu memang saya terus check result guna sms.Tak lama lepastu sekejap je phone berbunyi tandanya mesej masuk.Dah start nervous dah masa tu hahaha baru kau tahu nak nervous.Saya baca bismillah banyak kali,bukak phone dan first saya check tengok ada subjek gagal ke tak hehe Alhamdulillah takde gagal.Selain benci nervous masa nak ambik exam,saya juga benci nervous masa nak ambik result.Lepas dah tahu result tu memang hilang nervous dan rasa lega yang amat.

Saya dapat result spm 3A 2A- 3B+ 1B 2C+.Tak dapat straight A pun T___T Saya tak dapat mengekalkan rekod bersih saya macam dalam exam2 yang sebelum ni huhu.Group whatsapp family dah bising,yelah kan result SPM dah keluar mestilah makcik-makcik dan pakcik-pakcik nak tahu result kita kan.Dalam whatsapp family saya diorang dah cakap2 pasal result saya.Saya diam je malas nak menyampuk kat group whatsapp tu padahal ma dan abah balik rumah nanti konfem saya kena lecture dengan diorang nanti hahaha.

Dalam sms tu tak ada beritahu subjek apa yang A,B dan C jadi lepas ambik slip tu baru boleh tahu.Jadi esoknya 4/3 saya pergi sekolah nak ambil slip peperiksaan.

Pergi sekolah nak ambik slip,
Yuran tak bayar lagi HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA

Tskk,dah bayar hutang tu barulah boleh ambik slip.Saya dapat A solid untuk subjek English,Sejarah dan Pendidikan Al-Quran dan As-sunnah.A- subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.B+ subjek Biologi,Matematik dan Pendidikan Syariah Islamiyah.B subjek Kimia dan C+ subjek Fizik dan Addmath.

Hahaha masalah sungguh subjek English lagi tinggi dari Bahasa Melayu padahal hari-hari cakap Melayu.Hm kalau dah subjek kira-kira ni sejak sekolah rendah lagi memang susah nak dapat A hahaha. (Tapi kalau kira duit saya pandailah)

Saya betul-betul tak expect yang Addmath saya dapat C+ harharhar sebab saya ingat lagi banyak soalan terutamanya kertas 2 yang saya tak boleh jawab dan main tinggal ja (<--- adik-adik jangan tiru macam akak ni tau) Trial hari tu pun saya dapat G addmath okay bhahaha.Teacher saya dah risau dah pasal Addmath saya sebab mak saya report dekat teacher yang saya  nangisbalik rumah masa exam Addmath.Kesannya esok nak exam Fizik saya jadi takde mood nak buat revision sebab masih stress pasal exam Addmath.Jadi sebab tulah exam Fizik pun dapat C+ sama macam Addmath.Dua-dua subjek Sir Zaid (Addmath & Fizik) pulak tu aku dapat C+ hahaha maapkan saya sir :'D

Okaylah bye.

8 comments:

  1. tahniah dik .. ok dah tu resultnye ...

    ReplyDelete
  2. Anissssssssssss....hehehehehehe :D :D :D
    Main whatsappp nga ain jom...!!!
    Tahniahhhhhhh!! :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain ada whatsapp?Wahhh maju ain sekarang.Btw thanks hihi

      Delete
  3. nak ambil slip..
    YURAN TAK BAYAR LAGI.. HAHAHAHA

    Btw, tahniah!! 5A pun cun perrr

    ReplyDelete
  4. Well not bad result tu. Tahniah!

    ReplyDelete
  5. wah..nice result dik..good sharing and nice blog dik.moga awak trus berjaya k...anyway..akak nk share ,ade adik2 lepasan spm ?nak cuba mohon utk program pendidikan awal kanak kanak?

    trus wsp sis k sis bg info 011-16930576...intake utk nov dh dibuka bole mohon =progrm kerjasama UPSI ni.. dan jika ada brminat bidg nursing/farmasi pun bole pm sis..sis bg info...dh 8 tahun sis jaga program akademik bolehla sis advice ckit ckit

    ReplyDelete
  6. Many states are in India where many kind of trusts are existing about human living. The Ace Baker Sports are being played. see mounts of snow and trees which are important to us.

    ReplyDelete