Semakan tawaran keputusan Matrikulasi sesi 2015/2016

Pelajar lepasan SPM 2014,ada sesiapa yang mohon matrikulasi / matrik?Saya pun ada mohon jugak matrik.Keputusan matrik akan keluar pada 13 April 2015 pada jam 12 tengah hari jadi mulai esok korang bolehlah nak buat semakan tawaran keputusan Matrikulasi tu nanti.

Semakan tawaran Matrikulasi tu juga boleh dibuat secara SMS.

Taipkan: MOE(Jarak)MAT(Jarak)NO KP dan hantar ke 15888

Tarikh tutup sistem semakan pada 23 Mei 2015 pada jam 11.59 malam.Kalau tak dapat matrik,jangan risau korang boleh buat rayuan menerusi laman semakan keputusan tawaran yang akan dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03 8884 4083 atau layari laman sesawang www.moe.gov.my

Dah dapat matrik tu nanti korang beritahulah saya dapat kat mana, manalah tahu dapat tempat matrik yang sama dengan saya nanti hehe.Harap-harap saya dapatlah matrik tu,Amin!

Leave a Reply