Mahabbah Night

Hai.Iols kembali lagi untuk menceriakan blog ini.Yeyyy exam UPS 2 dah habis dah pun lepastu boleh cuti 2 minggu.Tapi yang seronoknya aku dapat extra cuti sehari sebab ada appoinment braces.Ok mari yeay sekali lagi.

Yeaaaaaayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!


Ok dah.


Aku dah lama dah nak cerita pasal malam penutup festival Gen-Q iaitu Mahabbah Night dekat kolej aku yang berlaku pada 2 Januari 2016.Aku rasa macam dah basi je sebab baru nak cerita tapi aku tak kira aku nak cerita gak haha.Sebelum tu baik korang dengar cerita sedih aku dulu.

Pada malam aku nak pergi Mahabbah Night tu phone aku jatuh tapi mujurlah dia jatuh atas karpet.Screen phone ok je takde retak pun sebab aku pakai tinted glass.Jadi phone tu elok lagilah,aku siap boleh rakam video orang dok menyanyi lagi kat stage.Tapi keesokan harinya aku bangun je tidur aku terus charge phone aku then bila aku tekan button on phone aku tak hidup-hidup.Aku dah heran dah.Dah tekan button on banyak kali pun dia tak nak hidup.Mapuh kerah doh phone aku.

Dua minggu oi gua menjalani hidup tanpa telefon.Terer gak aku boleh tahan sampai dua minggu kakaka.Memang sejak phone aku rosak aku terputus terus hubungan dengan orang luar.Nak contact parents pun aku bukan setakat kena pinjam phone tapi termasuk dengan kredit roommate aku sekali sampai roommate aku kata,"Nanti kena letak public phone dalam bilik senang nanti Anis nak call." Cisss hahahaha.

From this incident I realised something.I wasted so much time on my phone.Bila takde phone aku rasa banyak je masa free aku sampai satu tahap tu aku rasa bosan gila tak tau nak buat apa.Sekarang aku guna phone lain untuk sementara waktu sebab phone aku tu still tak baiki lagi.Tapi aku macam sedihlah jugak sebab dalam phone tu dah macam-macam khazanah aku simpan.Nasib baiklah contact list semua aku save kat google so boleh dapat balik contact list aku tu.I love to keep old conversations but now I lost them all.Gambar-gambar kat gallery dan whatsapp ada yang aku tak sempat nak selamatkan.

Video yang aku penat-penat rakam masa Fitri Haris dan kumpulan Devotees buat persembahan masa Mahabbah Night pun dah takde jugak (okay kita baru nak masuk topik) Aku record semua kot lagu yang diorang nyanyi sekarang semua dah takde :( Yang tinggal cuma memori dengan diorang dalam ingatan aku (cewah) Jap,aku tengah cakap pasal Fitri Haris dengan kumpulan Devotees ni korang kenal ke idok diorang ni?Yelah orang sekarang kan mana nak kenal kumpulan-kumpulan nasyid ni,yang dorang kenal Avicii,Adam Levine,EXO,Shawn Mendes ye dok hehe

Fitri Haris ni bekas ahli kumpulan nasyid UNIC,sekarang dia bergerak secara solo dan Devotees ni pulak salah satu kumpulan nasyid kat Malaysia ni.Jujur aku cakap kalau kumpulan nasyid aku setakat kenal nama kumpulan dengan tajuk lagu dia je tapi dalam kumpulan Devotees tu aku cam yang pakai spek tu je tu pun aku baru tahu nama dia tu Adi Akmal haha.Muka dia macam Afgan kot aku tengok.

Mula-mula Fitri Haris yang buat persembahan lepastu baru kumpulan Devotees.Fitri Haris ni lawak gila orangnya,penat weh asyik gelak je sampai sakit perut aku gelak haha.Sebelum ni aku dengar lagu Hanya Tuhan Yang Tahu kat youtube rasa biasa-biasa je tapi bila dengar secara live yang Fitri Haris nyanyi terus aku jatuh cinta dengan lagu tu.Aku boleh terbayang-bayang lagi tau dia nyanyi lagu tu kat telinga aku ni haa.

Fitri Haris ada jugak promo lagu terbaru dia iaitu Garis Takdir. Serius best sangat.Aku paling tak sangka dapat jumpa Devotees aaaaaaaaaaaaaaaaaa sebab aku start minat kumpulan Devotees dalam tahun 2014.Lagu Devotees yang aku mula-mula suka ialah Berjalan Tanpa Henti.

Terima kasih Fitri Haris dan kumpulan Devotees sebab sudi datang kolej kami.Korang punya performance memang terbaiklah.Lain kali datang lagi nyanyi untuk kitorang ahaha.

1 comment:

  1. Teingat pulak kumpulan UNIC lama2 dulu. Sekarang tinggal Bazli je kan original singer dalam kumpulan tu?

    FITRI memang best !

    ReplyDelete