Beli cermin mata di Focus Point @ Wangsa Walk Mall

Hai! Cerita lama usah dikenang tapi nak cite gak. Masa hujung bulan satu haritu aku pegi Kl nak tambah power spek sebab dah tak nampak masa depan. Power aku makin bertambah sejak kerja aku menghadap laptop je buat design². Engkorang jangan ingat aku ambik course multimedia pulak haha padahal aku budak osh.

Jauh tu dari Kelantan sampai Kl nak tambah power spek. Kat tempat aku ni mahal sikit nak tambah power spek so better pegi dekat Kl.

So location yang aku pegi is,


Focus Point,
Wangsa Walk Mall

Ekcelli aku nak tambah power spek je tapi staff kat situ asyik menghasut aku suruh tukar bingkai spek sekali maka aku pun terbeli spek baru terus tak jadi tambah power spek haha. Lagipun harga bingkai masatu tengah murah² lagi. Setelah bersusah payah memilih spek macam nak pilih jodoh akhirnya berjaya jugak satu cermin mata ni menawan hati aku.


Yang lain semua kena reject muahaha. Cermin mata yang aku pilih ni daripada jenama Totti. Sebenarnya spek ni jenama budak² tapi wa dah tak heran semua tu janji bila pakai tak buat tudung aku nampak kembang. I definitely love this spectacles! Rasa luas sikit pemandangan sebab dia lagi besar daripada spek lama aku. Hidung tetiba rasa kempis and muka pun rasa kurus sikit haha ada kaitan ke? 

Harga dia RM100 something tah aku lupa tapi aku tengok kat website dia harganya RM127. Tu baru bingkai saja belum include cermin lagi. Cermin tu kalau pilih yang nipis memang mahal lah sikit. Total aku dah tak ingat berapa tehee. Focus Point ni selalu je ada promotion nak² kita dah tak lama nak raya ni kan so better beli time macam tu sebab murah sikit.

Lepas check mata apa semua, tunggu jelah cermin mata tu siap. Yang bestnya kedai tu boleh siapkan spek aku hari tu jugak jadi takyah tunggu lama². Habis round satu mall kedai tu dah call suruh ambik spek. Weheee. Selain spek, cam biasalah dia bagi sekali dengan bekas spek dan lens cleaner spray. Aku highly recommend dekat korang buat cermin mata dekat sini sebab servis dia bagi memang mantap and staff dia baik² je semua sanggup layan karenah pelanggan macam aku ni uhuks.


Thanks Focus Point! Kasi 5 bintang sikit.

Focus Point
G-23A, Ground Floor, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue, 9, Jalan Wangsa Perdana 1,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
Opens everyday from 10am - 10pm
Call: 012-3622063
Official website: www.focus-point.com


Leave a Reply